Tuesday, January 26, 2010

Terwujudnya Blog ini

Kerana sebuah janji.

7 tahun yang lalu, aku telah berjanji pada teman-teman penjalanku bahawa aku akan merakamkan kenangan perjalanan kami (momiansau) ke Bali kerana itu adalah lawatan kami yang pertama ke sana yang selama ini hanya hidup dalam angan-angan kami...BALI..satu nama yang begitu sinonim dengan mistik, eksotika dan seribu macam cerita.

2004 tahunnya. Terima kasih kepada Datin Seri Faye kerana memungkinkan impian ini tercapai.

Tapi entah bagaimana, rencana untuk menzahirkan rentetan perjalannan itu asyik tertangguh. Namun aku tidak pernah melupakan janji itu. Malahan setelah Bali seperti kampung persinggahan kini, hasrat untuk yang pertama kali itu tetap tidakku lupakan.

Di sini semuanya bermula.

No comments:

Post a Comment