Tanpa ribut tanpa taufan, tiba-tiba datang keinginan mahu ke Taman Pertanian Tenom. Gara-gara mendengar cerita kawan tentang peri cantiknya tempat itu. Arakian mendengar ceritera itu maka berkobar-kobarlah semangat penjalan, dan tahi lalat di kaki kami. Si Faye kata, weekend kita pi sana stay overnight saja. Dia sanggup drive. Hmmmm...bak kata orang Sabah...jahat betul bah jalan pi Tenom itu (jahat = jalan rosak berlubang etc). Takut-takut juga ni. Tapi memandangkan tiada program lain, maka "on" sajalah.
Tiba harinya (sabtu) maka kami bertolaklah.....singgah di gunung emas breakfast dan ke tandas. Malangnya makanannya ndak berapa sedap. Tetapi telan sajalah. Kebetulan ada pula pembuka selera di depan mata. Hahahahaha...ini joke kami yang empunya diri saja yang tahu. Klu : UMS.
Geng kami si Lucy tiba-tiba teramatlah sakit kepalanya. Cian dia. Sakit ginawo kali sambil2. Hehehe. Telan panadol. Dia diam-diam sepanjang perjalanan sampai ke-sepuluh om (ten-om). Maka sampailah kami ke Perkasa Hotel Tenom, tempat menginap pada malam itu. Check-in. Naik atas ke bilik no? Manalah aku ingat lagi!!
Sepanjang corridor/hall menuju ke bilik, perasaan kami dah semacam. Eerie. Hotel Perkasa Tenom betul-betul macam kisah dalam lagu "Hotel California". Hotel itu seperti ada sesuatu yang mengerikan. Sampai bilik. Buka. Alamak! Buruknya! Curtain senget. Tilam buruk. Masuk kamar mandi ada tanah di singki. Ini hotelkah atau tempat jin bertandang? Tambahlah si Lucy pening. Aku dengan Faye tambah takut. Akhirnya mengambil keputusan pindah hotel kecil-kecil. Nama hotel itupun aku lupa. Tapi bersih, hatipun tenang.
Esok pagi berangkatlah ke Lagut seberang - Taman Pertanian. Cuacapun mendung. Malangnya Taman tutup. Adessssssss...ini sajalah kerja kami. Bergambar kemudian pulang. Singgah di Tamu Keningau membeli buah-buahan dan beras kampung. Dalam perjalanan pulang, dapaat sms si Sarah Jane wish "selamat hari ibu".
Oh....hari ibu pula hari itu.

sebelum anak-anak ini pandai outing2 buat photoshoot
ibu-ibu ini telah mengunggulinya tau
lihatlah...pandanglah....

kalau arahan si faye mesti di bunga juga bah!!!

pheeewwit...gaya primadona tersohor
just happy-happy..itu yang buat dia awet muda

Kena gigit penyengat baru tau..!!!!

terlalu awal datang gate belum buka
tinggal lagi bergambar2 di entrance

dengan kepelbagaian gaya yang tak keruan

sesuka hati saja bah yang penting ok

kenapa sudah aku tu? macam kena gigit semut suda tau
********************************************************
Seronok juga berjalan melihat-lihat persekitaran di luar dari garisan ini. Dapat menilai apa yang lebih, apa yang kurang; terutama dalam diri sendiri. Terkadang dalam perjalanan singkat seperti ini mata kita jadi terbuka dan melihat - apa yang sepatutnya dilihat dan bukannya fatamorgana semata-mata. Yang kunampak hari itu? ahem...biarlah rahsia.
No comments:
Post a Comment