Saturday, February 6, 2010

05/02/2010 - Sebuah Kematian Akhir Perjalanan Kita

Updates : 09/02/2010

Satu lagi tragedi kemalangan yang membawa maut kepada adik sahabatku Normah Mammad. Mangsa, Rosmah Mammad @ Potek seorang ibu muda dan baru saja 2 tahun (lebihkurang) berkahwin. Ini amat mengejutkan kerana kematiannya amat tiba-tiba : kemalangan kereta di Felda Lahad Datu, Sabah. Kesimpulannya; kematian akan menjemput kita bila ajal kita sampai. Tinggal lagi menanti sebabnya. Dalam tidurpun orang mati jika Allah Swt kehendaki begitu. Semoga roh mereka bersama roh kaum muslimin yang dirahmati Allah SWT. Amin ya rabbil alamin.


(ziarah jenazah)

Aku dikejutkan dengan sms yang menyedihkan. Kepergian teman, menemui maha penciptanya. Pelbagai rasa menyelubungi perasaanku. Sedih kerana merasa kehilangan. Namun dalam pilu itu terbaur juga rasa lega kerana arwah akhirnya terlepas dari derita sakit kehidupan. Lebih kurang 3 tahun bertarung dengan kesakitan akibat cancer payu dara yang dihidapinya. Sakit selama itu; hanya tuhan sahajalah yang tahu dan mereka yang pernah melaluinya.

Balasungkawa untuk familimu teman. Dan untuk semua yang merasakan kehilanganmu.

Sesungguhnya kematian, adalah perjalanan terakhir kita di dunia. Ia bakal menjemput kita tepat pada masa yang dijanjikan Allah - sedetik tidak terlebih atau terkurang. Namun kita tidak tahu pasti bila saatnya, kecuali bagi mereka yang tahu makrifatnya.

Justeru itu, kita disarankan agar selalu mengingati mati, agar kita sentiasa insaf dan bersedia menghadapinya. Bukan sahaja untuk diri kita, tapi untuk mereka yang kita tinggalkan di dunia ini.

Sebuah kematian memutuskan hubungan duniawi, namun cinta dan kenangan menjadikan perpisahan itu tidak terus dilupakan begitu sahaja. Semua tetap utuh di sanubari, bagi yang mencintaimu.

Selamat kembali ke asalmu, Rose. Kamu pernah menjadi seorang yang pernah kukenali di dunia ini. Semoga roh mu tenang dan bersama golongan yang dirahmati Allah SWT. Amin.

No comments:

Post a Comment