Saturday, February 13, 2010

Balik Kampung (Kota Marudu)

(bombom dan si wie semasa kecil di bawah rumpun bambu)

Cuti-cuti begini, teringat nak balik kampung tapi kereta kurang mantap. Tidak sempat service dan tukar tayar sebelum cuti. Tahu-tahu sajalah di Malaysia ni. Yang berniaga kaum Cina. Bila cuti Tahun Baru Cina, mana mereka buka kedai. Cuti panjang. Jalan raya, kedai2 menjadi sepi.

Teringat masa dulu-dulu mandi di sungai. Rumah mama di tepi sungai. Apa lagi, untuk menjimatkan air yang disedut oleh "water-pump" kami ramai2 terjun sungai untuk mandi.

Nampakkan air sungai di atas tak seberapa nak jernih? hahahaha..tapi hentam sajalah..sambil foto2 angan2 jadi Miss Januari peringkat desa.

Rindunya time ini. Masa pantas saja berlalu. Terlalu banyak kenangan yang tertinggal di belakang. Ada yang masih ingat, banyak juga yang sengaja dilupakan. Hanya sesekali bila terdaya hati itu mengimbas kenangan2 lalu, aku cuba membongkar lagi, mencari mana2 entri - peristiwa dalam hidup yang membentuk diriku seperti seperti sekarang. Sememangnya jatidiri kita terbentuk asasnya semasa kita membesar. Justru itu, bila resah, aku selalu ingin kembali ke kampung untuk menenangkan hati dan fikiran.

Berada di sekitar aku membesar memberikan aku sedikit kelapangan.

Tapi sekarang ini, apa yang aku benar2 perlukan adalah diriku sendiri.

Orang lain, tidakkan pernah bisa mengerti apa yang aku rasakan. Apa yang perlu aku lalui untuk menentang cabaran2 hidup. Apa yang harus aku lalui untuk terus hidup. Ya. Mereka tidak tahu, kerana ini bukan hidup mereka.

Saturday, February 6, 2010

05/02/2010 - Sebuah Kematian Akhir Perjalanan Kita

Updates : 09/02/2010

Satu lagi tragedi kemalangan yang membawa maut kepada adik sahabatku Normah Mammad. Mangsa, Rosmah Mammad @ Potek seorang ibu muda dan baru saja 2 tahun (lebihkurang) berkahwin. Ini amat mengejutkan kerana kematiannya amat tiba-tiba : kemalangan kereta di Felda Lahad Datu, Sabah. Kesimpulannya; kematian akan menjemput kita bila ajal kita sampai. Tinggal lagi menanti sebabnya. Dalam tidurpun orang mati jika Allah Swt kehendaki begitu. Semoga roh mereka bersama roh kaum muslimin yang dirahmati Allah SWT. Amin ya rabbil alamin.


(ziarah jenazah)

Aku dikejutkan dengan sms yang menyedihkan. Kepergian teman, menemui maha penciptanya. Pelbagai rasa menyelubungi perasaanku. Sedih kerana merasa kehilangan. Namun dalam pilu itu terbaur juga rasa lega kerana arwah akhirnya terlepas dari derita sakit kehidupan. Lebih kurang 3 tahun bertarung dengan kesakitan akibat cancer payu dara yang dihidapinya. Sakit selama itu; hanya tuhan sahajalah yang tahu dan mereka yang pernah melaluinya.

Balasungkawa untuk familimu teman. Dan untuk semua yang merasakan kehilanganmu.

Sesungguhnya kematian, adalah perjalanan terakhir kita di dunia. Ia bakal menjemput kita tepat pada masa yang dijanjikan Allah - sedetik tidak terlebih atau terkurang. Namun kita tidak tahu pasti bila saatnya, kecuali bagi mereka yang tahu makrifatnya.

Justeru itu, kita disarankan agar selalu mengingati mati, agar kita sentiasa insaf dan bersedia menghadapinya. Bukan sahaja untuk diri kita, tapi untuk mereka yang kita tinggalkan di dunia ini.

Sebuah kematian memutuskan hubungan duniawi, namun cinta dan kenangan menjadikan perpisahan itu tidak terus dilupakan begitu sahaja. Semua tetap utuh di sanubari, bagi yang mencintaimu.

Selamat kembali ke asalmu, Rose. Kamu pernah menjadi seorang yang pernah kukenali di dunia ini. Semoga roh mu tenang dan bersama golongan yang dirahmati Allah SWT. Amin.