Sebegitu lama kuabaikan engkau duhai blog kerana aku lagi sedang hangat bercinta dengan teman baru ku bernama FACEBOOK. Sebenarnya ada satu post yang sepatutnya dipublish di ruangan ini tapi tersalah send ke blog yang satu lagi i.e make me beautiful.
Bagaimanapun jua, memandangkan chemistry antaraku dan Mr.FB semakin memudar, mungkin dalam waktu terdekat aku akan meluangkan lebih banyak masa untuk menulis lagi.
Banyak cerita yang menarik, cuma aku belum tahu memulai dari mana.
Mungkin yang terbaik bicara dari hati.
Tapi itu lebih sulit kerana banyak perkara yang tidak bisa diungkap, hanya mampu difikir.
Untuk seseorang: tersenyumlah jika kamu sedang membaca entri ini kerana aku sedang memikirkan mu. Dengan ingatan yang manis dan rasa rindu juga pada masa lalu dan masa depan yang tiada.